Ahad, 26 Mei 2019 | 8:40pm
Perdana Menteri Pakistan, Imran Khan.
Perdana Menteri Pakistan, Imran Khan.

PM Pakistan hubungi Modi ucap tahniah

ISLAMABAD: Perdana Menteri Pakistan, Imran Khan bercakap dengan Narendra Modi, hari ini untuk mengucapkan tahniah kepada pemimpin India itu atas kemenangan parti nasionalisnya parti Bharatiya Janata (BJP).

“Perdana Menteri Imran Khan bercakap dengan Perdana Menteri Narendra Modi, hari ini dan mengucapkan tahniah ke atas kemenangan partinya dalam pilihan raya India.

“Perdana Menteri menyuarakan hasrat supaya kedua-dua negara bekerjasama untuk manfaat rakyat kedua-dua negara,” menurut pejabat luar negara Pakistan.

Ketegangan antara India dan Pakistan melonjak, Februari lalu dengan serangan udara merentas sempadan dan pertempuran singkat antara jet pejuang kedua-dua negara di Kashmir. - Reuters

Berita Harian X