Selasa, 21 Mei 2019 | 5:42pm
JURUCAKAP tentera, Kolonel Turki al-Maliki.
JURUCAKAP tentera, Kolonel Turki al-Maliki.

Media Arab Saudi dakwa pemberontak Yaman sasar Makkah

RIYADH: Media Arab Saudi menuduh pemberontak Yaman menyasarkan kota suci Makkah selepas Riyadh dan sekutunya menyatakan mereka berjaya memintas dua peluru berpandu di ruang udara negara itu.

Kerajaan Yaman dalam buangan yang berpangkalan di Arab Saudi mengulangi dakwaan itu tetapi pemberontak Houthi menafikan melakukan serangan itu.

Jurucakap tentera pakatan, Kolonel Turki al-Maliki, berkata dua peluru berpandu ditembak jatuh antara Jeddah dan Taiz di wilayah Makkah hari ini tetapi tidak menjelaskan sasarannya atau siapa yang melancarkannya.

Bagaimanapun, rangkaian berita satelit Al-Arabiya dan akhbar Asharq Al-Awsat melaporkan peluru berpandu itu dilancarkan pemberontak Houthi Syiah Yaman ke arah Makkah.

Menurut mereka, itu adalah serangan ketiga puak Houthi yang menyasarkan kota suci itu sejak tentera pakatan diketuai Arab Saudi campur tangan dalam perang di Yaman pada Mac 2015

Puak Houthi menafikan melancarkan serangan peluru berpandu itu dan menegaskan ia akan mengaku bertanggungjawab jika melakukannya. - AFP

Berita Harian X