Ahad, 12 Mei 2019 | 10:51am

Paparan Baitulmaqdis propaganda Israel, perlu dibuang - PA

RAMALLAH: Pihak Berkuasa Palestin (PA) menggesa paparan mengenai Baitulmaqdis dibuang daripada video mempromosikan Eurovision, menuduh ia adalah propaganda Israel menjelang pertandingan lagu itu yang dihoskan Tel Aviv.

Stesen penyiar KAN menayangkan klip kelmarin mensasarkan pelancong yang mengunjungi wilayah itu untuk menonton Eurovision, yang memaparkan rakaman halaman Masjid Aqsa di timur Baitulmaqdis.

Ia juga merujuk Baitulmaqdis sebagai ‘ibu negara tercinta’ walaupun Palestin menuntut wilayah timur itu sebagai bakal ibu negara mereka.

Baitulmaqdis Timur dirampas Israel dalam Perang Enam Hari 1967 dan kemudian memisahkan ia dalam langkah tidak pernah diiktiraf masyarakat antarabangsa.

Kementerian Luar PA berkata, rejim Zionis menggunakan pertandingan lagu itu untuk mengukuhkan penjajahannya dengan membuatkan dunia menerima tindakan haram itu.

“Bahan promosi yang disiarkan dalam konteks pertandingan Eurovision dan diluluskan Kesatuan Penyiaran Eropah (EBU), tidak dapat diterima,” kata kementerian.

Menulis di Facebook, kementerian berkata ia menghubungi EBU mengenai apa yang disifatkan bahan propaganda Israel yang melenyapkan Negara Palestin daripada peta. — AFP

Berita Harian X