Jumaat, 10 Mei 2019 | 8:33am

Gempa bumi 6.3 magnitud gegar selatan Jepun

TOKYO: Gempa bumi berkekuatan 6.3 magnitud menggegarkan pesisir selatan Jepun hari ini namun tiada amaran tsunami dikeluarkan.

Setakat ini kemalangan jiwa, kecederaan juga kerosakan harta benda tidak dilaporkan, kata Agensi Kaji Cuaca Jepun.

Difahamkan, gegaran berlaku pada kira-kira jam 8.48 pagi (waktu tempatan) dengan pusat gempa dikesan di pesisir pantai Miyazaki pada kedalaman 20 kilometer, kata agensi berkenaan.

Pusat Kajian Geologi Amerika Syarikat (USGS) pula mencatatkan kekuatan gegaran pada 6.4 magnitud. - Reuters

Berita Harian X