Isnin, 8 April 2019 | 2:02am
Perdana Menteri India, Narendra Modi. - Foto AFP
Perdana Menteri India, Narendra Modi. - Foto AFP

Modi terus kritik Pakistan dalam kempen pilihan raya

NEW DELHI: Parti pemerintah India dan seteru utamanya menyusun langkah terakhir dalam kempen pilihan raya masing-masing, semalam, sebelum pengundian bermula, minggu depan, dalam pilihan raya terbesar dalam sejarah.

Kira-kira 900 juta warga India layak mengundi, mereka akan membuang undi mulai Khamis ini dan proses itu akan berlangsung selama enam minggu dan keputusan akan diumumkan pada 23 Mei.

Perdana Menteri Narendra Modi mahu melanjutkan penggal pemerintahan, namun berdepan tentangan ketua parti Kongres, Rahul Gandhi yang menggesa pengundi menilai prestasi ekonomi perdana menteri dan menolaknya.

Namun parti Kongres berdepan penentang hebat Modi, sokongan terhadap pemimpin nasionalis Hindu itu lebih tinggi berbanding 2014, ketika partinya Bharatiya Janata (BJP) menang dengan majoriti jelas.

Modi juga meneruskan isu pertembungan dengan Pakistan. Hasilnya, tinjauan terhadap 10,010 responden menunjukkan sokongan terhadap Modi meningkat kerana serangan udara India ke atas Pakistan, Februari lalu.

Beliau dilihat sekali lagi menggunakan tema itu di Bengal Barat, semalam, dengan memaklumkan penyokong bahawa kerajaan sebelum beliau pada 2014 mengabaikan nasihat tentera untuk menyerang musuh India.

“Kini situasi berubah sepenuhnya. Kita sekarang masuk ke rumah jiran dan membunuh mereka,” katanya kepada perhimpunan penyokong besar di sebuah negeri dengan 90 juta penduduk tanpa menyebut Pakistan. - AFP

Berita Harian X