Sabtu, 6 April 2019 | 7:34pm
ANTARA tanduk badak sumbu yang bernilai RM8.6 juta dirampas pihak berkuasa Hong Kong.
ANTARA tanduk badak sumbu yang bernilai RM8.6 juta dirampas pihak berkuasa Hong Kong.

82.5 kilogram tanduk badak sumbu dirampas di Hong Kong

HONG KONG: Pihak berkuasa Hong Kong merampas 82.5 kilogram tanduk badak sumbu bernilai HK$16.5 juta (RM8.6 juta), sekali gus mencatat rekod sebagai rampasan terbesar dalam tempoh lima tahun, serentak dengan usaha kerajaan China membanteras penyeludupan spesies haiwan terancam.

Operasi berkenaan adalah kesinambungan dari rampasan awal tahun ini membabitkan 40 kilogram tanduk badak sumbu, 8.3 tan sisik tenggiling dan lebih daripada 1,000 gading gajah.

Bekas wilayah jajahan British itu adalah antara transit utama penyeludupan haiwan liar di Asia sebelum diedarkan ke China yang mencakupi pelbagai produk termasuk sisik ikan yu, bahagian tubuh harimau dan tanduk badak sumbu.

Pegawai kastam dalam satu kenyataan hari ini berkata, mereka sedang memeriksa sebuah kargo dari Afrika Selatan yang menjadikan Malaysia sebagai destinasi.

Kargo itu diisytiharkan sebagai ‘barangan auto’ namun imej mencurigakan dikesan pada mesin pengimbas.

Kebanyakan peniaga itu membekalkan produk haiwan liar terbabit untuk sektor perubatan tradisional Cina.

Tanduk badak sumbu misalnya, dipercayai berkhasiat tinggi untuk merawat kanser, mengeluarkan toksin dari badan dan memulihkan mabuk.

Sektor perubatan tradisional Cina terbabit dalam dalam lebih tiga suku perdagangan produk hidupan liar di Hong Kong sejak lima tahun lalu. - Reuters

Berita Harian X