Isnin, 25 March 2019 | 2:21pm
Keadaan rumah selepas dibedil sebuah pelancar roket jarak jauh di kawasan Mishmeret. - Foto AFP
Keadaan rumah selepas dibedil sebuah pelancar roket jarak jauh di kawasan Mishmeret. - Foto AFP

6 cedera, pejuang Palestin bedil wilayah Israel

MISHMERET: Enam tercedera selepas sebuah pelancar roket jarak jauh yang dilancarkan dari Semenanjung Gaza terkena sebuah kediaman di tengah Israel, kejadian pertama seumpamanya sejak perang Palestin 2014, kata pihak berkuasa Israel.

Serangan awal pagi tadi ke atas Mishmeret, sebuah bandar pertanian di utara Tel Aviv, berlaku ketika pergolakan memuncak menjelang ulang tahun protes di sempadan Gaza dan kunjungan Perdana Menteri Benjamin Netanyahu ke Washington, sebahagian daripada kempen penggal kelima beliau menjelang pilihan raya 9 April ini.

Kali terakhir bandar komersil dan komuniti Israel diserang adalah ketika perang 2014 menentang pejuang Islam Hamas.

Serangan berlaku beberapa minit selepas tentera Israel menghidupkan siren pencerobohan udara di kawasan terbabit dan berkata sebuah roket dilancar dari Semenanjung Gaza, 80 kilometer dari kubu kuat Hamas.

Jurucakap Kementerian Luar Israel, Emmanuel Nahshon berkata kediaman di Mishmeret dibedil oleh sebuah roket dari Gaza.

Setakat ini tiada pengesahan diterima dari pihak Palestin berhubung serangan itu. - Reuters

Berita Harian X