Jumaat, 15 March 2019 | 9:09am
Letusan cahaya bom kelihatan di sebalik bangunan yang dibedil tentera Israel di Gaza. - Foto AFP
Letusan cahaya bom kelihatan di sebalik bangunan yang dibedil tentera Israel di Gaza. - Foto AFP

Israel bedil kubu kuat Hamas di Gaza

BAITULMAQDIS: Israel mengesahkan tenteranya melancarkan serangan ke atas Gaza hari ini sebagai membalas serangan roket dari kubu kuat pejuang Palestin.

“Kami baru saja melancarkan serangan ke atas kubu kuat pejuang Hamas di Gaza,” kata Angkatan Pertahanan Israel di Twitter.

Difahamkan, serangan itu menjejaskan kedudukan sayap tentera Hamas yang mengawal Gaza, dan sekutunya Jihad Islam, kata sumber keselamatan Gaza kepada AFP.

Walau bagaimanapun, tiada kecederaan dilaporkan setakat ini.

Serangan itu berlaku hanya beberapa jam selepas tentera mendakwa dua roket dilancarkan ke arah daerah Tel Aviv malam semalam.

Kedua-dua Hamas dan Jihad Islam menafikan bertanggungjawab ke atas serangan roket itu. - AFP

Berita Harian X