Ahad, 10 March 2019 | 8:46pm
PERDANA Menteri India, Narendra Modi. - foto AFP
PERDANA Menteri India, Narendra Modi. - foto AFP

Pilihan raya India 11 April - 19 Mei

NEW DELHI: Suruhanjaya Pilihan Raya India mengumumkan pilihan raya umum di negara demokrasi terbesar dunia itu akan diadakan dari 11 April hingga 19 Mei iaitu selama enam minggu.

Perdana Menteri, Narendra Modi, dari Parti Bharatiya Janata, akan bertanding untuk penggal kedua menentang Rahul Gandhi daripada dinasti Gandhi-Nehru untuk mengetuai negara kedua paling ramai penduduk di dunia.

Kira-kira 900 juta pengundi dari puncak Himalaya sehinggalah kawasan gurun dan pantai tropika layak mengundi untuk memilih kerajaan baharu dalam tempoh lima tahun akan datang.

Bermula 11 April hingga 19 Mei, pengundi akan memilih 543 pembuat dasar dewan rendah Parlimen, Lok Sabha, yang mentadbir negara Asia dengan 1.25 bilion juta penduduk itu dari ibu kota ini, kata Suruhanjaya Pilihan Raya hari ini.

Katanya, pengiraan undi akan selesai dengan keputusan akhir diumumkan pada 23 Mei.

Parti nasionalis Hindu pimpinan Modi, Bharatiya Janata Party (BJP) dan Kongres yang berhaluan kiri milik Gandhi adalah dua pencabar terkuat di kalangan ratusan parti politik merentasi budaya dan geografi negara luas itu.

Modi, 68, yang mana parti sayap kanannya menang majoriti penuh dalam pilihan raya 2014 memasuki perlumbaan dengan kedudukan kukuh, masih kekal individu popular bersama partinya.

Sejak beberapa minggu lalu, beliau berupaya menambah kelayakan nasionalis ketika pertikaian paling serius India dengan Pakistan selama bertahun, dicetuskan pengeboman bunuh diri di rantau bertelingkah Kashmir 14 Februari lalu mengorbankan lebih 40 tentera separa.

Gandhi, 48, yang berdarah separuh Itali, berasal daripada keluarga paling terkenal India. Namun tinjauan pendapat menunjukkan sokongan berkurangan BJP dan malah ia mungkin kekurangan 272 kerusi diperlukan untuk membentuk kerajaan sendiri. -AFP

Rahul Gandhi, presiden Kongres Nasional India (INC) berucap ketika perhimpunan politik di Chambi, daerah Kangra district, Himachal Pradesh, disebut-sebut pencabar terkuat Modi dalam pilihan raya bermula bulan depan. -Foto EPA
Rahul Gandhi, presiden Kongres Nasional India (INC) berucap ketika perhimpunan politik di Chambi, daerah Kangra district, Himachal Pradesh, disebut-sebut pencabar terkuat Modi dalam pilihan raya bermula bulan depan. -Foto EPA

Berita Harian X