Isnin, 4 March 2019 | 12:14am
PENDUDUK wilayah Kashmir mengutuk operasi kerajaan India terhadap kumpulan pemisah di wilayah dipertikaikan itu, lapor agensi berita Aljazeera. - Foto AFP
PENDUDUK wilayah Kashmir mengutuk operasi kerajaan India terhadap kumpulan pemisah di wilayah dipertikaikan itu, lapor agensi berita Aljazeera. - Foto AFP

India sasar Muslim di Kashmir

DOHA: Beberapa pemimpin wilayah Kashmir mengutuk operasi kerajaan India terhadap kumpulan pemisah di wilayah dipertikaikan itu, lapor agensi berita Aljazeera.

Salah satu daripada kumpulan itu adalah Jamaat-e-Islami, ia mempunyai ahli yang didakwa kerajaan India menyokong penentangan terhadap negara terbabit.

Difahamkan, ratusan penduduk sudah ditahan dan ada pemimpin berkata, kanak-kanak yang paling terdedah akan terjejas.

Pengharaman kumpulan itu menutup peluang kanak-kanak daripada keluarga miskin dari perkampungan dan luar bandar untuk belajar.

“Saya amat kecewa, tindakan ini menjejaskan pembelajaran saya,” kata salah seorang pelajar Jamaat-e-Islami, Amir Ahmad.

Ramai pemimpin kumpulan itu ditahan dan rumah mereka disita kerajaan India. Selain itu, ratusan penduduk ditahan dan dituduh bersimpati dengan pergerakan pemisah. - Agensi/ Aljazeera

Berita Harian X