Selasa, 26 Februari 2019 | 3:14pm
Vijay Gokhale selepas menghadiri taklimat media di New Delhi. Foto EPA
Vijay Gokhale selepas menghadiri taklimat media di New Delhi. Foto EPA

Angka korban serangan di Pakistan dilapor tinggi

NEW DELHI: Serangan udara ke atas kem militan di Balkot dilapor mengakibatkan ramai penghuninya terkorban, ketika mereka sedang bersiap sedia untuk melakukan serangan terhadap India.

Pegawai kanan Kementerian Luar India berkata demikian selepas Pakistan menuduh negara itu menceroboh masuk ke ruang udaranya.

Setiausaha Luar Negara, Vijay Gokhale dalam satu taklimat media berkata, serangan terhadap kem Jaish-e-Mohammad (JeM) itu dilancarkan, kerana New Delhi percaya kejadian pengebom nekad akan berlaku di India.

“Ramai anggota militan Jaish-e-Mohammad, jurulatih, komander kanan dan beberapa kumpulan pejuang yang dilatih untuk menjadi pengebom nekad berjaya dihapuskan,” katanya.

Sebelum ini, JeM mengaku bertanggungjawab pada serangan pengebom nekad pada 14 Februari lalu di Kashmir yang menyebabkan 40 anggota separa tentera India, terkorban. - AFP

Berita Harian X