Khamis, 21 Februari 2019 | 9:46pm
Tiada laporan kerosakan atau kecederaan akibat gempa jam 9.22 malam waktu tempatan pada kedalaman 41 kilometer, menurut Pusat Tinjauan Geologi AS (USGS). -Foto Agensi
Tiada laporan kerosakan atau kecederaan akibat gempa jam 9.22 malam waktu tempatan pada kedalaman 41 kilometer, menurut Pusat Tinjauan Geologi AS (USGS). -Foto Agensi

Gempa magnitud 5.5 gegar Hokkaido, tiada risiko tsunami

TOKYO: Satu gempa bumi magnitud 5.5 menggegarkan pulau utara Jepun di Hokkaido hari ini namun tiada amaran tsunami dikeluarkan, kata pihak berkuasa negara itu dan Amerika Syarikat (AS).

Tiada laporan kerosakan atau kecederaan akibat gempa, berlaku jam 9.22 malam waktu tempatan pada kedalaman 41 kilometer, menurut Pusat Tinjauan Geologi AS (USGS).

Pusat gempa terletak 55 kilometer di tenggara bandar Sapporo, tambah USGS. Agensi meteorologi Jepun berkata, tiada risiko tsunami susulan gempa terbabit.

Pada September tahun lalu, gempa bumi kuat magnitud 6.6 di Hokkaido menyebabkan tanah runtuh, menimbus kediaman dan mengorbankan lebih 40 orang. -AFP

Berita Harian X