Rabu, 20 Februari 2019 | 8:17pm
Tahanan Pakistan terbabit baharu menjalani tempoh lapan tahun daripada hukuman seumur hidup di Penjara Tengah Jaipur di negeri barat Rajasthan apabila diserang. -Foto hiasan
Tahanan Pakistan terbabit baharu menjalani tempoh lapan tahun daripada hukuman seumur hidup di Penjara Tengah Jaipur di negeri barat Rajasthan apabila diserang. -Foto hiasan

Seruan balas dendam - Tahanan Pakistan dibunuh dalam penjara India

JAIPUR: Banduan India merejam sampai mati seorang tahanan Pakistan dalam sebuah penjara hari ini di tengah ketegangan meningkat berhubung serangan bom dipersalahkan New Delhi ke atas jiran seteru utamanya, kata seorang pegawai.

Tahanan Pakistan terbabit baharu menjalani tempoh lapan tahun daripada hukuman seumur hidup di Penjara Tengah Jaipur di negeri barat Rajasthan apabila diserang.

Tahanan itu direjam sampai mati selepas pertengkaran, kata Ketua Pengarah Polis Rajasthan, Kapil Garg kepada AFP.

Pembunuhan berlaku di tengah gesaan balas dendam di seluruh India berhubung serangan bom kereta di Kashmir Khamis lalu yang mengorbankan 44 tentera separa India.

Kumpulan militan berpusat di Pakistan, Jaish-e-Mohammed (JeM) mengaku bertanggungjawab atas serangan itu. India menuduh Pakistan menyokong militan namun dinafikan Islamabad.

India dan Pakistan, yang masing-masing mengawal sektor Kashmir menjadi seteru utama sejak kemerdekaan dari Britain pada 1947.

Seorang tahanan Pakistan dibunuh banduan lain dalam sebuah penjara Kashmir pada Mei 2013 sebagai balas dendam serangan seorang tahanan India dalam penjara Pakistan. - AFP

Berita Harian X