Isnin, 28 Januari 2019 | 9:59pm
Menteri Luar Turki, Mevlut Cavusoglu (kanan) berjabat tangan dengan Agnes Callamard dalam satu pertemuan di Ankara, hari ini. Foto EPA
Menteri Luar Turki, Mevlut Cavusoglu (kanan) berjabat tangan dengan Agnes Callamard dalam satu pertemuan di Ankara, hari ini. Foto EPA

Penyiasat PBB tiba di Istanbul siasat kes Jamal Khashoggi

ISTANBUL: Penyiasat hak asasi manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), yang mengetuai siasatan antarabangsa mengenai pembunuhan wartawan Arab Saudi, Jamal Khashoggi akan mengadakan pertemuan dengan ketua pendakwa raya Istanbul esok.

Menurut pejabat pendakwa raya, wakil khas, Agnes Callamard ketika ini mengadakan kunjungan selama seminggu ke Turki, bersama pasukan perundangan dan forensik, sudah bertemu dengan Menteri Luar Turki, Mevlut Cavusoglu, hari ini.

Jamal dibunuh di dalam bangunan konsulat Arab Saudi di Istanbul pada 2 Oktober lalu, dan agensi perisikan percaya Putera Mahkota, Putera Mohammed bin Salman mengarah satu operasi untuk membunuh Jamal.

Bagaimanapun, Riyadh menyangkal sekeras-kerasnya pembabitan Putera Mahkota Arab Saudi itu dalam kejadian berkenaan. - Reuters

Berita Harian X