Khamis, 24 Januari 2019 | 2:07pm
Suhu di selatan Australia menghampiri 48 darjah hari ini. - Foto EPA
Suhu di selatan Australia menghampiri 48 darjah hari ini. - Foto EPA

Gelombang haba di Australia pecah rekod

ADELAIDE: Suhu di selatan Australia menghampiri 48 darjah hari ini, memecahkan rekod terdahulu ketika penduduk yang kepanasan menerima bir percuma untuk mereka mengharungi gelombang kepanasan yang bersejarah.

Biro Kaji Cuaca melaporkan suhu 47.9 darjah Celsius di utara Adelaide, manakala suhu dalam bandar raya itu mencecah 46.2, memecahkan rekod sejak 1939.

Penduduk Adelaide sudah biasa dengan suhu membahang ketika musim panas hemisfera selatan, tetapi kali ini mereka terpaksa mencari jalan menyejukkan diri daripada cuaca amat panas.

Lebih 13 bandar seluruh Australia Selatan memecahkan rekod kepanasan, dengan beberapa negeri meramalkan akan melihat suhu mencapai 50 darjah lewat hari ini.

Ketika ribuan penduduk membanjiri pantai untuk menyejukkan diri dengan meluncur air, ratusan lagi mengunjungi pusat beli belah untuk menghindari kepanasan.

Suhu turut menguji perkhidmatan perbandaran, dengan bas SunCity terpaksa mengurangkan khidmat, menyebabkan penduduk terpaksa menaiki tram atau kereta api untuk pulang ke rumah.

Sementara itu, perkhidmatan kecemasan dalam keadaan berjaga-jaga apabila lebih 13 daerah berhadapan ancaman kebakaran hutan. — AFP

Berita Harian X