Ahad, 30 Disember 2018 | 11:14am

Helikopter penyelamat nahas di UAE

DUBAI: Sebuah helikopter penyelamat terhempas semalam di Ras Al-Khaimah, mengorbankan semua empat anggotanya, kata agensi berita rasmi Emiriah Arab Bersatu (UAE) WAM.

Pemerintah Ras Al-Khaimah, Sheikh Saud bin Saqr al-Qasimi, mengarahkan siasatan segera susulan nahas yang berlaku pada kira-kira jam 5.50 petang (waktu tempatan) itu.

“Pihak Berkuasa Penerbangan Awam mengumumkan kemalangan membabitkan helikopter Agusta 139 semasa misi menyelamat di Jebel Jais di Ras al-Khaimah,” kata laporan itu.

Pusat Mencari dan Menyelamat Kebangsaan UAE berkata terdapat empat penumpang di dalam helikopter itu.

UAE terdiri daripada Abu Dhabi, Ajman, Dubai, Fujairah, Ras al-Khaimah, Sharjah dan Umm al-Qaiwain. - AFP

Berita Harian X