Khamis, 20 Disember 2018 | 5:46pm
RAKYAT Korea Selatan menuntut pampasan gaji ketika menjadi buruh paksaan Perang Dunia II. - Foto AFP
RAKYAT Korea Selatan menuntut pampasan gaji ketika menjadi buruh paksaan Perang Dunia II. - Foto AFP

Ribuan bekas buruh paksa saman kerajaan Korea Selatan

SEOUL: Kira-kira 1,000 orang rakyat Korea Selatan mengambil tindakan udang-undang terhadap kerajaan, menuntut pampasan gaji ketika menjadi buruh paksaan Perang Dunia II, kata wakil kumpulan itu, hari ini.

Kumpulan 1,103 bekas buruh paksaan dan keluarga mereka berkata, tindakan undang-undang difailkan di mahkamah Seoul pada Rabu, menuntut kerajaan Korea Selatan membayar 100 juta won (RM370,036) untuk setiap seorang, sebagai pampasan kerana kerajaan menerima dana daripada Jepun.

Tindakan undang-undang itu menambah jumlah saman yang sudah dikemukakan 283 mangsa dan keluarga mereka sebelum ini.

“Kerajaan perlu membayar kami terlebih dulu, sebagai tanggungjawab kerana menggunakan wang yang diambil daripada perjanjian 1965,” kata kumpulan itu ketika sidang media di Seoul.

Menurut perjanjian itu, Korea Selatan menerima sekitar AS$800 juta (RM3.34 juta) bantuan ekonomi dan pinjaman daripada Jepun sebagai pertukaran kerana pertimbangan Seoul terhadap tuntutan pampasan, pra-perjanjian . Dana itu dibelanjakan untuk membina infrastruktur dan ekonomi yang terjejas ketika Perang Korea 1950-53.

Seoul dan Tokyo bergelut untuk melaksanakan keputusan Mahkamah Agung Korea Selatan pada Oktober yang mengarahkan Syarikat Nippon Steel & Sumitomo Metal Corp perlu membayar pampasan kepada empat buruh paksaan kerana ia adalah hak mereka kerana ia tidak ditamatkan oleh perjanjian 1965 yang memulihkan hubungan diplomatik dua negara.

Kedua-dua negara itu berkongsi kisah pahit termasuk penjajahan Jepun sejak 1910 hingga 1945 di Semenanjung Korea, memaksa pemindahan buruh di syarikat Jepun dan ‘comfort women’ (wanita penenang), kebanyakan mereka berbangsa Korea, dipaksa bekerja di rumah pelacuran ketika zaman perang. - Reuters

Berita Harian X