Isnin, 17 Disember 2018 | 7:41pm
Polis India menahan Mohammad Yasin Malik di bandar Srinagar, Kashmir. - Foto Reuters
Polis India menahan Mohammad Yasin Malik di bandar Srinagar, Kashmir. - Foto Reuters

Tentera India sekat Kashmir, tahan pemimpin Muslim

SRINAGAR: Polis India menahan beberapa pemimpin pemisah di wilayah Kashmir, hari ini, serta menyekat jalan raya dalam usaha mengekang tunjuk perasaan pembunuhan penduduk awam, hujung minggu lalu.

Pergolakan di wilayah majoriti Muslim itu melonjak, sejak beberapa minggu lalu dan tujuh penduduk awam terbunuh, Sabtu lalu, apabila pasukan keselamatan melepaskan tembakan ke arah tunjuk perasaan yang membantah pembunuhan tiga pemberontak.

Pemimpin pemisah, Mohammad Yasin Malik dan Mirwaiz Umar Farooq berkata, mereka ditahan, ketika berarak ke arah ibu pejabat tentera di bandar Srinagar, Kashmir.

Seorang lagi pemimpin, Syed Ali Shah Geelani turut diletakkan bawah tahanan rumah, kata polis.

“Tentera India sedang membunuh penduduk Kashmir. Mereka sudah lama tidak membunuh sejak bertahun-tahun,’ kata Malik, ketika polis berpakaian rusuhan membawa beliau pergi.

Seorang pegawai kanan polis yang enggan dinamakan berkata, Malik dan Farooq akan dibebaskan sebaik situasi kembali stabil. - Reuters

Berita Harian X