Ahad, 16 Disember 2018 | 11:41am
- Foto AFP
- Foto AFP

Tujuh maut nahas di lombong arang batu

BEIJING: Tujuh pelombong maut manakala tiga lagi cedera dalam kemalangan di lombong arang batu di barat daya China, semalam.

Nahas pada jam 6 petang (waktu tempatan) itu berlaku apabila penyambung mesin melombong itu patah, menyebabkan ia terhumban ke dalam lombong berkenaan, kata agensi berita Xinhua.

Susulan kejadian di kawasan perbandaran Chongqing itu, kesemua pelombong yang cedera dikejarkan ke hospital bagi menerima rawatan lanjut.

Punca kemalangan masih dalam siasatan.

Nahas sehingga menyebabkan kematian sering berlaku di lombong arang batu China berikutan tahap keselamatan yang rendah meskipun terdapat usaha untuk memperbaiki keadaan itu.

Pada Oktober lalu, 21 pelombong di wilayah Shandong terbunuh selepas tekanan di dalam lombong menyebabkan beberapa batu pecah sekali gus menyekat terowong dan memerangkap kesemua mangsa.

Pada Disember 2016 pula, letupan di dua lombong berasingan di Mongolia dan wilayah Heilongjiang membunuh sekurang-kurangnya 59 pelombong. - AFP

Berita Harian X