Sabtu, 15 Disember 2018 | 11:23pm
Anggota tentera berbalas tembakan dengan pemberontak di daerah Pulwama, Kashmir. - FOto AFP
Anggota tentera berbalas tembakan dengan pemberontak di daerah Pulwama, Kashmir. - FOto AFP

7 maut, puluhan cedera di Kashmir

SRINAGAR: Sekurang-kurangnya tujuh penduduk awam dan puluhan mangsa lain cedera, hari ini, selepas pasukan keselamatan India melepaskan tembakan ke arah penunjuk perasaan terhadap pembunuhan tiga pemberontak di Kashmir.

Jurucakap pertahanan, Kolonel Rajesh Kalia berkata, operasi dilancarkan pada waktu pagi sebagai tindak balas kepada laporan mengenai kehadiran pemberontak di kampung di daerah Pulwama, selatan ibu negeri Srinagar.

“Ketika operasi, militan melepaskan tembakan ke arah tentera sehingga membawa kepada insiden berbalas tembakan yang menyebabkan tiga pemberontak terbunuh,” katanya.

Seorang pegawai kanan polis kemudian berkata, ramai penduduk awam berkumpul di lokasi sehingga membawa kepada pertempuran dengan pasukan keselamatan.

Ia kemudian menyebabkan tujuh penduduk awam maut dan 50 mangsa lain cedera. - Reuters

Berita Harian X