Rabu, 5 Disember 2018 | 1:02pm

Gempa bumi 7.5 cetus kemungkinan tsunami

NOUMEA: Gempa bumi kuat bawah laut dengan kekuatan 7.5 menggegarkan pantai timur New Caledonia di Pasifik Selatan hari ini, kata Pusat Amaran Tsunami Pasifik, yang memberi amaran kemungkinan berlaku tsunami di rantau itu.

Gempa bumi cuma enam kilometer dalam dan berlaku kira-kira 155 kilometer ke timur tenggara Kepulauan Loyalty di pantai timur New Caledonia.

“Kemungkinan berlaku tsunami akibat gempa bumi ini dalam jarak 1,000 kilometer dari pusat gegaran sepanjang pantai Vanuatu dan New Caledonia,” menurut kenyataan agensi itu.

Pihak berkuasa New Zealand turut mengeluarkan amaran serupa selepas gegaran itu. — Reuters/AFP

Berita Harian X