Rabu, 10 Oktober 2018 | 12:04pm
Agensi berita ANI melaporkan menerusi laman Twitter, kemalangan sebuah kereta api penumpang tergelincir di Uttar Pradesh, di utara India. - Foto twitter ANI
Agensi berita ANI melaporkan menerusi laman Twitter, kemalangan sebuah kereta api penumpang tergelincir di Uttar Pradesh, di utara India. - Foto twitter ANI

5 terbunuh kereta api tergelincir di utara India

LUCKNOW: Sekurang-kurangnya lima terbunuh dan 30 yang lain cedera apabila sebuah kereta api penumpang tergelincir di Uttar Pradesh, di utara India, lapor media tempatan.

Rakan media Reuters, agensi berita ANI melaporkan menerusi laman Twitter, kemalangan itu berlaku di Harhandpur, kira-kira 77 kilometer di selatan ibu negeri, Lucknow.

Menurut laporan televisyen tempatan, pasukan penyelamat kecemasan sudah berada di tempat kemalangan. - Reuters

Berita Harian X