Khamis, 6 September 2018 | 1:06pm
KAPAL perang milik tentera laut Britain, HMS Albion. - Foto Reuters
KAPAL perang milik tentera laut Britain, HMS Albion. - Foto Reuters

Kapal perang Britain dikesan di Laut China Selatan

LONDON: Beijing mengerah sebuah kapal frigat dan dua helikopter bagi memantau pergerakan kapal perang milik tentera laut Britain, HMS Albion, yang dilaporkan berada di perairan Laut China Selatan.

HMS Albion yang membawa satu kontinjen tentera laut diraja Britain dipercayai belayar melepasi gugusan Pulau Paracel sejak beberapa hari lalu, menuju ke Ho Chi Minh City, Vietnam.

Menurut sumber, kapal itu dipercayai belayar berhampiran beberapa pulau yang dituntut oleh China, sekali gus mencabar tuntutan Beijing, yang mendakwa mempunyai hak ke atas kawasan berkenaan.

Kapal tentera laut Britain itu dilaporkan berlabuh di Ho Chi Minh City pada Isnin lalu, susulan program penempatan tentera di sekitar Jepun. - Reuters

Berita Harian X