Jumaat, 24 Ogos 2018 | 10:04am
PERDANA Menteri Australia, Malcolm Turnbull. - Foto EPA
PERDANA Menteri Australia, Malcolm Turnbull. - Foto EPA

PM Australia terima petisyen hilang sokongan

SYDNEY: Perdana Menteri Australia, Malcolm Turnbull, menerima petisyen menunjukkan beliau hilang sokongan majoriti Parti Liberal, yang mendorong undian diadakan untuk memilih pemimpin baru.

“Saya baru diminta mengadakan mesyuarat Parlimen Parti Liberal.

“Ia mempunyai 43 tandatangan. Sebaik ia diluluskan oleh whip, yang tidak mengambil masa panjang, mesyuarat akan diadakan,” katanya dalam Twitter.

Turnbull berkata, beliau tidak bertanding pada pemilihan itu, bermakna Perdana Menteri seterusnya sama ada Peter Dutton, yang menyerahkan surat itu, Menteri Luar, Julie Bishop atau Ketua Perbendaharaan, Scott Morrison. — AFP

Berita Harian X