Isnin, 20 Ogos 2018 | 4:06pm
LEBIH dua juta umat Islam mula membanjiri Bukit Arafah di sini, iaitu kemuncak ibadat haji yang menyatukan umat Islam di seluruh dunia. - Foto EPA
LEBIH dua juta umat Islam mula membanjiri Bukit Arafah di sini, iaitu kemuncak ibadat haji yang menyatukan umat Islam di seluruh dunia. - Foto EPA

Dua juta umat Islam penuhi Arafah

ARAFAH: Lebih dua juta umat Islam mula membanjiri Bukit Arafah di sini, iaitu kemuncak ibadat haji yang menyatukan umat Islam di seluruh dunia.

Kelihatan lautan manusia memenuhi puncak bukit yang terletak di tenggara Kota Makkah bagi berdoa dan mengimbas kembali peristiwa ketika Nabi Muhammad s.a.w menyampaikan khutbah terakhirnya, sebelum wafat.

Pada hari kedua ibadat haji, terdapat sebahagian daripada jemaah, iaitu lelaki yang memakai ihram serba putih, manakala wanita berpakaian longgar, menolak kerusi roda yang dinaiki ahli keluarga yang uzur.

Ibadat haji yang juga rukun Islam kelima dianggap perhimpunan tahunan terbesar yang dihadiri di seluruh dunia.

Dalam pada itu, ramai jemaah dilihat meneguk air dari botol minuman ketika angin panas bertiup di Jabal Rahmah dan kawasan lapang di sini, walaupun ia dilimpahi hujan lebat, malam semalam.

Namun, sebaik sahaja, matahari terbenam, jutaan jemaah haji akan berangkat menuju ke Muzdalifah bagi mengumpul batu-batuan kecil menuju ke Mina, untuk meneruskan ibadat seterusnya, iaitu melontar Jamrah.

Esok, umat Islam di Makkah akan menyambut Hari Raya Korban, yang menandakan tamatnya ibadat haji dengan menyembelih binatang ternakan seperti lembu, unta dan kambing. - AFP

Berita Harian X