Sabtu, 11 Ogos 2018 | 9:13pm
Seorang wanita India duduk di dalam rumahnya yang ditenggelami banjir di daerah Ernakulam, Kochi, di Kerala, India. - Foto AFP
Seorang wanita India duduk di dalam rumahnya yang ditenggelami banjir di daerah Ernakulam, Kochi, di Kerala, India. - Foto AFP

TERKINI: Korban banjir di Kerala meningkat 34 orang

KOCHI: Lebih separuh daripada 14 daerah di negeri Kerala, India diletakkan dalam keadaan amat berjaga-jaga akibat ancaman banjir, kata pihak berkuasa, hari ini.

Jumlah kematian akibat banjir antara yang terburuk di negeri selatan India itu sudah mencecah 34 orang.

Hujan lebat dan tanah runtuh, ketika musim monsun antara Jun hingga September di India mengakibatkan banyak tanah pertanian rosak selain mencetuskan pemindahan besar-besaran di negeri Kerala.

Menurut bilik kawalan Pentadbir Bencana Negeri Kerala (KSDMA) di ibu negeri itu, tanaman di atas tanah seluas 1,031 hektar rosak dan 31,000 orang terpaksa berlindung di kem penyelamat.

Pegawai kanan di lokasi berkata, lapan daerah diletakkan dalam keadaan amat berjaga-jaga.

Seorang lagi pegawai kerajaan sebelum ini berkata, tanaman bernilai 3.42 bilion rupee (RM202 juta) membabitkan kawasan seluas 26,824 hektar musnah akibat hujan, sejak ia bermula pada 29 Mei lalu. - Reuters

Berita Harian X