Selasa, 17 Julai 2018 | 4:21pm

Gempa 6 magnitud landa Pasifik Selatan

SINGAPURA: Satu gempa bumi sederhana berukuran 6 magnitud melanda utara negara pulau Pasifik Selatan, Vanuatu hari ini.

Bagaimanapun, Pusat Kajian Geologi Amerika Syarikat (USGS) berkata, tiada amaran tsunami atau laporan kematian dan kerosakan akibat gempa bumi yang berlaku pada kedalaman 73 kilometer serta berpusat di kawasan terletak sejauh 474 kilometer dari utara pulau Santo, dekat sini. - Reuters

Berita Harian X