Sabtu, 7 Julai 2018 | 7:45pm
ANGOTA keselamtan India. - Foto AFP
ANGOTA keselamtan India. - Foto AFP

Remaja mati ditembak askar

SRINAGAR (India): Tiga penunjuk perasaan termasuk seorang remaja perempuan berusia 16 tahun ditembak mati tentera dalam protes di Kashmir dalam pada ketegangan meningkat menjelang ulang tahun kematian seorang komander pemberontak popular.

Saksi mendakwa tentera melepaskan tembakan di Kulgam, selatan Kashmir selepas ratusan orang yang berang dengan operasi pemburuan militan oleh tentera berhimpun memprotes, dengan ada antara mereka membaling pelbagai objek.

Seorang doktor kerajaan memberitahu AFP, mereka yang maut termasuk dua lelaki berusia 20 serta 20 tahun, serta remaja terbabit.

"Mereka mempunyai kecederaan akibat tembakan dan meninggal dunia tidak lama selepas dibawa ke hospital ini," katanya yang enggan dikenali.

Ketua Polis S P Vaid mengesahkan kematian itu tetapi tidak mendedahkan butiran lanjut.

Kejadian itu pada ambang ulang tahun kedua kematian Burhan Wani, 22, di tangan tentera pada 8 Julai 2016. - AFP

Berita Harian X