Khamis, 10 Mei 2018 | 6:47am
KEADAAN selepas ribut petir yang melanda Guwahati, Assam, India, semalam. - Foto EPA
KEADAAN selepas ribut petir yang melanda Guwahati, Assam, India, semalam. - Foto EPA

13 maut akibat ribut di India

NEW DELHI: Sekurang-kurangnya 13 orang maut apabila ribut petir melanda utara dan timur India, semalam, seminggu selepas ribut debu melanda sebahagian besar negara itu.

Menurut pihak pengurusan bencana, sembilan orang dilaporkan maut di Uttar Pradesh selepas ribut dan angin kuat melanda beberapa bahagian negeri terbabit, semalam.

Pegawai yang memberitahu AFP, kebanyakan mangsa maut dihempap dinding dan pokok tumbang di daerah Etawah dan Mathura.

Manakala, seorang remaja maut selepas dipanah kilat di Hatras dan seorang lagi di dihempap pokok di daerah Agra.

"Empat hingga lima orang cedera dalam insiden itu yang disebabkan angin dan kemudian hujan batu di beberapa kawasan," kata pegawai. - AFP

Berita Harian X