Jumaat, 4 Mei 2018 | 12:28am
POKOK dan tiang elektrik tumbang di beberapa bahagian di Uttar Pradesh, Rajasthan dan Punjab. - Foto AFP
POKOK dan tiang elektrik tumbang di beberapa bahagian di Uttar Pradesh, Rajasthan dan Punjab. - Foto AFP

116 maut ribut landa India

AGRA: Panahan petir dan ribut debu di seluruh India meragut sekurang-kurangnya 116 nyawa dan mencederakan lebih 250 lagi ketika pakar kaji cuaca memberi amaran cuaca akan bertambah buruk.

Awan debu menjadikan sebahagian besar utara India gelap ketika angin bertiup 130 kilometer sejam memusnahkan rumah lumpur dan membunuh penghuninya yang sedang tidur.

Tembok, pokok dan tiang elektrik tumbang di beberapa bahagian di Uttar Pradesh, Rajasthan dan Punjab. Pegawai berkata, angka kematian dijangka meningkat.

Angin kencang itu disusuli dengan ribut petir dan hujan.

Ribut sama mengorbankan ratusan penduduk setiap tahun di India tetapi sebahagiannya dalam yang terburuk dalam masa beberapa dekad.

Pemilik hotel di daerah Alwar di Rajasthan, Shivam Lohia, berkata beliau meninggalkan kereta di jalan raya dan berlari menyelamatkan diri selepas ia hampir diterbangkan.

"Saya tidak pernah melihat ribut kuat seperti ini pada masa 25 tahun.

"Semua orang bimbang dan berlari menyelamatkan diri apabila pokok dan rumah diterbangkan. Ia mimpi ngeri," katanya.

Berita Harian X