Khamis, 3 Mei 2018 | 3:49pm
SEORANG lelaki melindungi wajahnya disebabkan ribut debu yang melanda New Delhi. - Foto AFP
SEORANG lelaki melindungi wajahnya disebabkan ribut debu yang melanda New Delhi. - Foto AFP

77 maut dilanda ribut debu di India

New Delhi: Satu ribut debu yang kuat di bahagian utara India mengakibatkan sekurang-kurangnya 77 orang terkorban dengan 143 lagi dilaporkan cedera ketika pokok dan dinding tumbang susulan tiupan angin kencang.

Ribut semalaman itu berlaku di negeri Uttar Pradesh dan Rajasthan dengan angka maut dilaporkan dijangka meningkat.

Sejumlah 46 mangsa terkorban di Uttar Pradesh di utara dan 31 lagi di bahagian barat Rajasthan.

Menurut laporan media, daerah Agra di Uttar Pradesh yang tersohor dengan tugu Taj Mahal adalah antara yang paling teruk dilanda ribut berkenaan.

Kebanyakan mangsa maut akibat dihempap pokok dan dinding.

"Kami dapat mengesahkan sekurang-kurangnya 46 terkorban dengan 41 cedera daripada 75 daerah," kata Pesuruhjaya Uttar Pradesh, T P Gupta. - AFP

Berita Harian X