Isnin, 2 April 2018 | 7:22am
Kenderaan infantri berperisai (IFVs) dan trak tentera kerajaan melalui kawasan bangunan yang musnah di jalan di bandar Ghosa Timur Hazzeh di pinggir ibukota Syria Damsyik. - Foto AFP
Kenderaan infantri berperisai (IFVs) dan trak tentera kerajaan melalui kawasan bangunan yang musnah di jalan di bandar Ghosa Timur Hazzeh di pinggir ibukota Syria Damsyik. - Foto AFP

Rejim Assad tawan semula Timur Ghouta

DOUMA: Rejim Syria, semalam semakin hampir menawan keseluruhan kubu kuat pembangkang di Timur Ghouta selepas perjanjian dicapai bagi penentang dan penduduk awam meninggalkan wilayah itu.

Perjanjian yang diatur oleh sekutu Syria itu, Russia, menyaksikan pergerakan Jaish al-Islam, meninggalkan bandar utama Timur Ghouta, Douma, untuk ke wilayah pembangkang di utara negara itu, lapor media dan kumpulan pemerhati.

Tiada pengesahan diterima daripada pembangkang, tetapi tentera Russia berkata ia sudah mencapai persetujuan awal pengunduran' kumpulan berkenaan dari Timur Ghouta yang terletak berhampiran Damsyik.

Orang ramai berjalan di atas runtuhan bangunan yang musnahdi bandar Douma, Ghouta Timur, di Damsyik, Syria. - Foto REUTERS
Orang ramai berjalan di atas runtuhan bangunan yang musnahdi bandar Douma, Ghouta Timur, di Damsyik, Syria. - Foto REUTERS

Tentera Syria dan pegawai keselamatan Bulan Sabit Syria (SARC) membantu warga awam meninggalkan kawasan pemberontak Timur Ghouta melalui koridor kemanusiaan yang membawa kepada kem al-Wafideen, Damsyik, Syria. - Foto EPA-EFE

Tiada tarikh diberikan untuk tujuan pengunduran dan Moscow berkata pemberontak dijangka membuang periuk api daripada bangunan dan membersihkan sekatan jalan raya sebelum meninggalkan wilayah berkenaan.

Kejayaan menawan semula Timur Ghouta menjadi kejayaan besar kepada usaha Presiden Bashar al-Assad mengambil alih wilayah yang dirampas pembangkang dalam perang saudara di negara itu yang sudah masuk tahun ketujuh.

Dengan sokongan Russia, tentera Assad mencapai banyak kejayaan menewaskan pembangkang sejak beberapa tahun ini, selalunya menerusi kempen kepungan, pengeboman udara dan serangan darat yang mencetuskan kritikan antarabangsa.

Orang awam berkumpul berhampiran bas ketika menunggu untuk dipindahkan dari bandar Douma, timur Ghouta, di Damsyik, Syria. - Foto REUTERS
Orang awam berkumpul berhampiran bas ketika menunggu untuk dipindahkan dari bandar Douma, timur Ghouta, di Damsyik, Syria. - Foto REUTERS

Agensi berita SANA melaporkan, Jaish al-Islam akan menuju ke Jarabulus di Aleppo manakala Pemerhati Hak Asasi Manusia Syria berkata mereka juga akan menuju ke Al-Bab, kedua-dua bandar yang dikuasai pemberontak pro-Turki.

Perjanjian itu menyaksikan polis tentera Russia memasuki Douma dan institusi kerajaan kembali ke bandar itu. - AFP

Berita Harian X