Rabu, 28 March 2018 | 7:34pm
DUTA Russia, Grigory Logvinov. - Foto EPA
DUTA Russia, Grigory Logvinov. - Foto EPA

Perang Dingin mungkin tercetus: Duta Russia

SYDNEY/JAKARTA: Duta Russia ke Australia berkata, dunia akan memasuki 'situasi perang dingin' jika Barat berterusan bersikap berat sebelah terhadap Moscow dalam tindak balas serangan agen saraf terhadap bekas perisik Soviet di Britain.

"Barat mesti memahami bahawa kempen anti Russia tiada masa depan.

"Jika ia berterusan, kita akan berada dalam situasi Perang Dingin," kata Duta Russia, Grigory Logvinov kepada wartawan di Canberra.

Russia menafikan terbabit dalam serangan agen saraf pada 4 Mac lalu ke atas bekas perisik yang belot, Sergei Skripal dan anak perempuannya di England. - Reuters

Berita Harian X