X
Selasa, 27 March 2018 | 7:13am
MALCOLM Turnbull. - Foto AFP
MALCOLM Turnbull. - Foto AFP

Australia usir dua diplomat Russia

SYDNEY: Australia menyertai Amerika Syarikat dan sekutu British yang lain dalam mengusir dua diplomat Russia hari ini sebagai tindak balas terhadap serangan agen saraf membabitkan bekas perisik Russia di England.

Perdana Menteri, Malcolm Turnbull berkata pasangan itu diberi tempoh tujuh hari untuk keluar.

"Keputusan ini mencerminkan sifat serangan senjata kimia yang mengejutkan itu. Ia yang pertama di Eropah sejak Perang Dunia II, membabitkan bahan yang boleh membawa maut di kawasan berpenduduk, sekali gus membahayakan anggota masyarakat yang lain," katanya. - AFP

Berita Harian X