Selasa, 27 Februari 2018 | 5:49pm
VLADIMIR Putin. - Foto EPA
VLADIMIR Putin. - Foto EPA

'Laluan selamat' 5 jam untuk penduduk Timur Ghouta

BEIRUT: Jeda kemanusiaan selama lima jam atau pemberhentian seketika serangan udara ke atas wilayah dikawal pemberontak di Timur Ghouta, dekat Damsyik bertujuan membenarkan penduduk awam meninggalkan kawasan yang menjadi sasaran serangan sengit tentera Moscow yang disokong kerajaan Syria.

Presiden Russia, Vladimir Putin mengarahkan jeda kemanusiaan harian bermula jam 2 petang hingga 7 petang waktu tempatan hari ini dan mewujudkan 'laluan selamat' bagi membenarkan penduduk awam meninggalkan kawasan yang menjadi sasaran pengeboman dahsyat kerajaan menyebabkan ratusan terkorban sejak 18 Februari lalu.

Pemerhati Hak Asasi Syria (SOHR) berkata, secara umumnya keadaan boleh dikatakan aman di Timur Ghouta sejak tengah malam semalam meskipun empat roket dilapor disasarkan ke sebuah bandar di Douma pagi tadi.

Menteri Pertahanan Russia berkata semalam, langkah berkenaan diputuskan dalam perjanjian dengan tentera Syria bertujuan membantu penduduk awam meninggalkan dan memindahkan mangsa yang sakit atau cedera.

Tetapi, jurucakap Failaq al-Rahman, sebuah kumpulan pemberontak di Timur Ghouta menuduh Russia memaksa penduduk awam sama ada berpindah atau dibunuh dalam pengeboman dan kepungan itu. Beliau turut menyifatkannya sebagai 'Jenayah Russia'. - Reuters.

Berita Harian X