Ahad, 7 Januari 2018 | 11:24am
RAKYAT Iran membuat bantahan di Tehran. - Foto EPA
RAKYAT Iran membuat bantahan di Tehran. - Foto EPA

Perhimpunan hari keempat sokong kerajaan

DUBAI: Ribuan penyokong kerajaan mengadakan perhimpunan di Iran pada hari keempat semalam sebagai reaksi kepada bantahan antikerajaan yang persalahkan pemerintah ulama ke atas musuh republik berkenaan.

Demonstrasi menunjukkan sokongan itu, semalam diadakan sehari selepas Menteri Luar Iran, berkata mesyuarat Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang didesak oleh Amerika Syarikat untuk membincangkan bantahan membuktikan kesilapan dilakukan pentadbiran Presiden Donald Trump.

Stesen televisyen menunjukkan perhimpunan dan perarakan di lebih 12 bandar raya dengan penunjuk perasaan mengibarkan bendera Iran dan melaungkan slogan termasuk 'Mati Amerika', 'Mati Israel' dan 'Mati Britain'.

Ketegangan lebih seminggu menyaksikan 22 terbunuh dan lebih 1,000 ditahan, menurut pegawai Iran, dalam bantahan antikerajaan terbesar dalam masa hampir sedekad.

Ketegangan merebak ke lebih 80 bandar raya dan bandar apabila ribuan penduduk muda dan pekerja meluahkan kemarahan kepada rasuah, pengangguran dan jurang antara kaya dan miskin.

Semalam, video di media sosial menunjukkan kehadiran ramai anggota polis di bandar raya, termasuk Khorramabad di barat daya Iran. - Reuters

Berita Harian X