Jumaat, 5 Januari 2018 | 12:13pm
PANMUNJOM, perkampungan damai dalam Zon Bebas Tentera (DMZ) yang bakal menjadi lokasi rundingan Korea Utara - Korea Selatan, minggu depan. - Foto AFP
PANMUNJOM, perkampungan damai dalam Zon Bebas Tentera (DMZ) yang bakal menjadi lokasi rundingan Korea Utara - Korea Selatan, minggu depan. - Foto AFP

Pyongyang sedia berunding 9 Januari

SEOUL: Korea Utara hari ini menerima tawaran Korea Selatan untuk mengadakan rundingan minggu depan, kata Kementerian Penyatuan yang mengawasi hubungan dengan Pyongyang.

Pertemuan itu akan berlangsung di Panmunjom, perkampungan damai terletak dalam Zon Bebas Tentera (DMZ) yang memisahkan dua semenanjung berkenaan.

Ketegangan kekal tinggi selepas Korea Utara melancarkan pelbagai peluru berpandu pada 2017, termasuk sejumlah peluru berpandu balistik antara benua (ICBM) dan ujian atom keenam, paling berkuasa setakat ini.

Pendekatan itu susulan amaran pemimpin Pyongyang, Kim Jong-Un, beliau memiliki butang nuklear di meja namun pada masa sama bersedia berbincang dengan Seoul dan bakal menghantar pasukan mewakili Olimpik Musim Sejuk di negara itu.

Lewat semalam, Presiden Korea Selatan Moon Jae-In dan rakan sejawatannya dari Amerika Syarikat (AS), Donald Trump, bersetuju menangguhkan latihan ketenteraan, sering mencetuskan kemarahan Pyongyang sehingga selepas Sukan Olimpik Musim Sejuk di Pyeongchang, 9 Februari depan.

Jurucakap kementerian, Baek Tae-Hyun berkata, agenda perbincangan termasuk 'Olimpik Pyeongchang' dan isu meningkatkan hubungan antara Korea. -AFP

Berita Harian X