Ahad, 31 Disember 2017 | 7:54am
PENUNJUK perasaan menyerang dewan bandar raya di ibu kota Iran semalam. - Foto Reuters
PENUNJUK perasaan menyerang dewan bandar raya di ibu kota Iran semalam. - Foto Reuters

Iran sekat akses Internet

TEHRAN: Penunjuk perasaan menyerang dewan bandar raya di ibu kota Iran semalam, apabila bantahan memasuki malam ketiga, walaupun kerajaan memberi amaran melarang sebarang 'perhimpunan haram' dan bertindak menyekat Internet.

Video di media sosial menunjukkan ribuan penduduk berarak di seluruh bandar raya Khorramabad, Zanjan dan Ahvaz, ketika laporan merebak pantas bahawa beberapa orang ditembak mati polis di bandar raya Dorud.

Khabar angin, selain sekatan perjalanan dan ketiadaan media agensi rasmi, menjadikan laporan itu sukar disahkan.

Pihak berkuasa bertindak balas dengan menyekat akses Internet di telefon bimbit, dengan rangkaian utama terganggu sekurang-kurangnya di Tehran sejurus sebelum tengah malam.

PENUNJUK perasaan menyerang dewan bandar raya di ibu kota Iran semalam. - Foto Reuters
PENUNJUK perasaan menyerang dewan bandar raya di ibu kota Iran semalam. - Foto Reuters

Agensi berita Iran memberi amaran bahawa Telegram, perkhidmatan media sosial paling popular di negara itu, mungkin disekat selepas Menteri Komunikasi, Mohammad-Javad Azari Jahromi, menuduh satu saluran popular, Amadnews, menggalakkan 'kebangkitan bersenjata'.

Sementara itu, agensi berita Mehr menyiarkan video penunjuk perasaan menyerang dewan bandar raya di tengah Tehran, menterbalikkan kereta polis dan membakar bendera Iran.

Kekecohan juga berlaku sebelum itu sekitar universiti di bandar raya itu, apabila ratusan penduduk membanjiri jalan raya, menghalang trafik dan melaungkan slogan menentang rejim.

Namun pihak berkuasa juga menunjukkan pengaruh, dengan ratusan anggota unit pencegah rusuhan mengambil alih kawalan di pintu masuk universiti, melaungkan 'matilah penghasut'. - AFP

PENUNJUK perasaan menyerang dewan bandar raya di ibu kota Iran semalam. - Foto Reuters
PENUNJUK perasaan menyerang dewan bandar raya di ibu kota Iran semalam. - Foto Reuters

Berita Harian X