Isnin, 20 November 2017 | 9:28am

Tsunami kecil landa Pulau Pasifik

SYDNEY: Gelombang tsunami kecil dikesan di New Caledonia dan Vanuatu selepas gempa bumi 7.0 magnitud melanda kawasan antara Pulau Pasifik itu, lapor Pusat Amaran Tsunami Pasifik.

Agensi itu berkata, gelombang satu meter dijangka melanda New Caledonia dan gelombang lebih kecil melanda Vanuatu.

Menurut agensi itu, saiz gelombang berbeza-beza bergantung kepada garisan pantai namun setakat ini belum ada laporan mengenai kerosakan.

Gempa bumi bawah laut pada kekuatan 7.0 magnitud pada kedudukan 82 kilometer di timur Kepulauan Loyalty New Caledonia, melanda jam 9.43 pagi waktu tempatan. - Reuters

Berita Harian X