Jumaat, 6 Oktober 2017 | 7:54pm

Gempa 6.0 magnitud gegar pantai timur Jepun

TOKYO: Satu gempa bumi 6.0 magnitud menggegarkan pantai Fukushima, Jepun hari ini namun tiada risiko tsunami, kata pihak berkuasa.

Menurut Tinjauan Geologi Amerika Syarikat (USGS), gempa cetek pada kedalaman 10 kilometer itu berlaku jam 4.59 petang sejauh 255 kilometer di timur Ishinomaki.

Agensi Meteorologi Jepun berkata, gempa itu tidak memberi risiko tsunami.

Terdahulu, laporan Reuters memetik USGS sebagai berkata, gempa berukuran magnitud 6.3 berlaku di pantai timur Jepun hari ini namun tiada laporan kematian atau kerosakan.

USGS berkata, gempa berlaku sejauh 300 kilometer di timur Iwaki, Honshu pada kedalaman 77.8 kilometer.

Gempa magnitud 9.0 pada Mac 2011 mencetuskan tsunami besar yang memusnahkan loji stesen jana kuasa nuklear Fukushima serta mencetuskan bencana atom terburuk sejak Chernobyl pada 1986.

Pengendalinya berusaha menjalankan kerja pembersihan dan meruntuhkan reaktor dalam proses yang dijangka mengambil masa sekurang-kurangnya 40 tahun. -AFP/Reuters

Berita Harian X