Khamis, 31 Ogos 2017 | 11:53pm
KEADAAN banjir di Karachi. - Foto EPA
KEADAAN banjir di Karachi. - Foto EPA

13 maut banjir di Karachi

KARACHI: Sekurang-kurangnya 13 orang maut dalam banjir besar yang melanda bandar terbesar Pakistan, di sini, susulan hujan lebat lebih 24 jam.

Tragedi di bandar ini berlaku sehari selepas pusat kewangan India, Mumbai dilanda banjir yang mengorbankan 14 orang.

Angka kematian itu adalah perangkaan terkini dalam bencana yang meragut lebih 1,200 nyawa di seluruh rantau, termasuk India, Bangladesh dan Nepal.

Tentera Pakistan menghantar bantuan ke kawasan ditenggelami air.

Sementara itu, Yayasan Edhi, yang mengendalikan perkhidmatan ambulans dan pusat perubatan berkata, 13 orang disahkan maut, manakala 350 hingga 400 rumah berhampiran Sungai Lyari ditenggelami air sepenuhnya.

Kebanyakan negara di rantau ini berdepan banjir setiap kali tengkujuh di antara Jun hingga September, namun agensi bantuan antarabangsa berkata, situasi tahun ini lebih buruk berbanding tahun sebelumnya. - REUTERS

Berita Harian X