Ahad, 23 Julai 2017 | 5:16pm
Polis Afghanistan hari ini melancarkan operasi mencari dan menyelamat dua hari selepas sekurang-kurangnya 70 orang penduduk diculik kumpulan disyaki militan Taliban di sini.- Foto EPA
Polis Afghanistan hari ini melancarkan operasi mencari dan menyelamat dua hari selepas sekurang-kurangnya 70 orang penduduk diculik kumpulan disyaki militan Taliban di sini.- Foto EPA

Polis Afghanistan siasat penculikan penduduk kampung

KANDAHAR : Polis Afghanistan hari ini melancarkan operasi mencari dan menyelamat dua hari selepas sekurang-kurangnya 70 orang penduduk diculik kumpulan disyaki militan Taliban di sini.

Sekurang-kurangnya tujuh orang penduduk yang diculik ditemui mati semalam, di sepanjang lebuh raya dari Kandahar, bandar terbesar di selatan Afghanistan ke Tarinkot, ibu kota wilayah Uruzgan, sebuah kawasan tanaman bunga popi yang dikuasai Taliban.

Polis mendakwa Taliban bertanggungjawab ke atas kematiannya.

Kira-kira 30 orang dibebaskan, sementara 30 yang lain masih hilang, kata jurucakap polis Kandahar, Zia Durrani kepada AFP.

Tiada kumpulan mengaku bertanggungjawab ke atas penculikan itu,

Tidak dapat dipastikan mengapa penduduk kampung diculik, namun sebahagian pegawai kerajaan percaya mereka mungkin diculik kerana bekerjasama dengan kerajaan Afghanistan.

Orang awam sering tersepit akibat konflik antara pemberontak Taliban dengan kerajaan yang disokong barat.

Pada Julai lalu, Taliban menutup sebuah lebuh raya yang menghubungkan Farah ke bandar Herat, menahan sebuah bas dan memaksa 16 penumpang meninggalkannya.

Mereka menembak sekurang-kurangnya tujuh penumpang, manakala sembilan lagi diculik. - AFP

Berita Harian X