Sabtu, 25 Mei 2024 | 8:20pm
Pengarah Hospital Samitivej Srinakarin, Adinun Kittiratanapaibool, pada Khamis berkata, 22 pesakit mengalami kecederaan saraf tunjang dan enam mengalami kecederaan kepala. - Foto REUTERS
Pengarah Hospital Samitivej Srinakarin, Adinun Kittiratanapaibool, pada Khamis berkata, 22 pesakit mengalami kecederaan saraf tunjang dan enam mengalami kecederaan kepala. - Foto REUTERS

43 penumpang Singapore Airlines masih dirawat di hospital Thailand

BANGKOK: Seramai 43 penumpang penerbangan Singapore Airlines yang mengalami gelora udara teruk, masih dirawat di hospital di Bangkok empat hari selepas insiden itu, kata sebuah hospital di ibu negara Thailand, hari ini.

Kesemua 43 pesakit itu berada di tiga hospital berbeza di Bangkok, kata hospital Samitivej Srinakarin dalam satu kenyataan.

Dalam pada itu, menurut kenyataan sama, seramai 34 pesakit yang ditempatkan di Hospital Samitivej Srinakarin dengan tujuh daripadanya ditempatkan di unit rawatan rapi iaitu tiga warga Australia, Malaysia (dua) dan seorang masing-masing dari Britain dan New Zealand.

Selain itu, terdapat 27 penumpang lain yang dirawat di di hospital sama dengan lapan daripadanya warga Britain, Australia (enam), Malaysia (lima) dan dua warga Filipina.

Dalam pada itu, kenyataan sama memaklumkan, seramai dua orang dibenarkan keluar dari Hospital Samitivej Srinakarin, manakala dua penumpang yang sebelum ini dirawat di hospital Samitivej Sukhumvit dipindahkan ke Samitivej Srinakarin bagi membolehkan mereka bersama ahli keluarga lain di hospital sama.

Pada Khamis lalu, Pengarah Hospital Samitivej Srinakarin, memaklumkan kepada media, seramai 22 pesakit mengalami kecederaan saraf tunjang dan enam mengalami kecederaan otak dan tengkorak, tetapi daripada kecederaan itu, tiada sehingga mengancam nyawa.

Ketika kejadian pada Selasa, seorang penumpang meninggal dunia akibat disyaki serangan jantung dengan berpuluh-puluh cedera pada Selasa selepas Penerbangan Singapore Airlines SQ321, yang dalam penerbangan dari London ke Singapura, dengan apa yang disifatkan oleh syarikat penerbangan itu sebagai gelora udara mendadak dan melampau ketika terbang di atas ruang udara Myanmar.

Penerbangan yang membawa 211 penumpang dan 18 anak kapal itu melencong ke Bangkok untuk pendaratan cemas. - REUTERS

Berita Harian X