Khamis, 23 Mei 2024 | 7:37pm
(Gambar fail - Foto hiasan) Udang karang - FOTO REUTERS
(Gambar fail - Foto hiasan) Udang karang - FOTO REUTERS

Cubaan seludup 80,000 benih udang karang ke Malaysia gagal

JAKARTA: Pihak berkuasa di Lapangan Terbang Yogyakarta di Pulau Jawa menggagalkan cubaan untuk menyeludup 80,000 benih udang karang ke Malaysia melalui penerbangan pada 14 Mei lalu, menurut Pejabat Kastam Yogyakarta.

"Semuanya bermula dengan maklumat bahawa terdapat dua beg pakaian milik seorang penumpang disyaki mengandungi benih udang karang," kata Ketua Bahagian Pendidikan dan Perkhidmatan Maklumat di pejabat itu, Riri Riani, dalam satu kenyataan, hari ini.

Hasil siasatan dan pemeriksaan fizikal dijalankan bersama oleh Pejabat Kastam, Pusat Kuarantin Haiwan dan Tumbuh-Tumbuhan, pihak keselamatan lapangan terbang serta syarikat penerbangan terbabit berjaya menemui sejumlah 80,000 benih udang karang hidup yang dibungkus dalam 40 beg plastik.

Beliau berkata, benih udang karang itu kemudian segera dipindahkan ke Pusat Kuarantin Haiwan dan Tumbuh-Tumbuhan Yogyakarta sebelum dilepaskan di Pantai Baru, Bantul. – BERNAMA

Berita Harian X