Sabtu, 18 Mei 2024 | 4:02pm
Jet pejuang F-16C milik Tentera Udara Republik Singapura. - Foto AGENSI
Jet pejuang F-16C milik Tentera Udara Republik Singapura. - Foto AGENSI

Singapura akan sambung semula penerbangan jet F-16 selepas terhempas bulan ini

SINGAPURA: Singapura akan menyambung semula penerbangan armada F-16 selepas menangguhkan latihan apabila satu daripada jet itu terhempas awal bulan ini, menurut Kementerian Pertahanan, hari ini.

Kementerian Pertahanan berkata, nahas 8 Mei itu disebabkan giriskop memberikan input yang salah kepada komputer kawalan penerbangan.

"Ini menyebabkan juruterbang tidak dapat mengawal pesawat ketika berlepas, bagaimanapun juruterbang berjaya dikeluarkan," menurut kenyataan itu.

Jet pejuang F-16 dipasang dengan empat giroskop dan kerosakan yang berlaku adalah sangat jarang berlaku dan kali pertama bagi armada Singapura.

Kementerian berkata, semua giroskop akan diperiksa dan dibersihkan sebelum penerbangan disambung semula, selain tentera udara dan pengeluar F-16 Lockheed Martin akan meneliti punca khusus di sebalik kerosakan itu.

Nahas Mei itu adalah yang pertama bagi jet pejuang Singapura sejak 2004 apabila F-16C terhempas semasa misi latihan malam di Arizona Amerika Syarikat, sehingga membunuh juruterbang berusia 25 tahun, menurut media tempatan CNA. - REUTERS

Berita Harian X