Rabu, 15 Mei 2024 | 6:29pm
Minggu lalu, pihak berkuasa menaikkan status amaran Gunung Ibu ke tahap kedua tertinggi. - Foto AFP
Minggu lalu, pihak berkuasa menaikkan status amaran Gunung Ibu ke tahap kedua tertinggi. - Foto AFP

Gunung Ibu meletus

JAKARTA: Sebuah gunung berapi di timur Indonesia memuntahkan abu lima kilometer ke langit hari ini menjadikan ia sebagai salah satu letusan terbesarnya tahun ini.

Tiada kerosakan atau kemalangan jiwa dilaporkan tetapi imej menunjukkan letusan abu menjulang ke langit di atas Gunung Ibu yang terletak di pulau terpencil Halmahera di wilayah Maluku Utara.

Letusan abu kelabu dan hitam itu "dilihat sangat tebal dan condong ke arah barat", kata Pusat Vulkanologi dan Tebatan Bahaya Geologi Indonesia dalam satu kenyataan.

Ia memberi amaran kepada penduduk tempatan dan pelancong supaya tidak pergi dalam jarak lima kilometer dari kawah Ibu.

"Jika terdapat abu, penduduk yang melakukan aktiviti luar dicadangkan memakai pelitup mulut dan mata," katanya.

Gunung Ibu juga meletus pada Isnin lalu sehingga mengeluarkan abu setinggi lima kilometer di atas puncaknya.

Minggu lalu pihak berkuasa menaikkan status amaran bahawa Gunung Ibu ke tahap kedua tertinggi.

Gunung Ibu adalah salah satu gunung berapi paling aktif di Indonesia, meletus lebih daripada 21,000 kali tahun lalu. Lebih 700,000 orang tinggal di pulau Halmahera setakat 2022, menurut angka rasmi. - AFP

Berita Harian X