Rabu, 15 Mei 2024 | 5:31pm
Indonesia bersedia untuk meluluskan semakan kepada undang-undang Mahkamah Perlembagaannya. - Foto AFP
Indonesia bersedia untuk meluluskan semakan kepada undang-undang Mahkamah Perlembagaannya. - Foto AFP

Indonesia bakal semak undang-undang mahkamah, kurangkan tempoh perkhidmatan hakim

JAKARTA: Indonesia bersedia meluluskan semakan undang-undang Mahkamah Perlembagaannya yang akan membawa perubahan seperti dikatakan oleh pakar undang-undang seterusnya mengancam kebebasan badan kehakiman dalam demokrasi terbesar ketiga di dunia itu.

Pindaan yang dicadangkan itu termasuklah untuk mengurangkan tempoh perkhidmatan hakim daripada 15 kepada 10 tahun serta memerlukan mereka yang sudah berkhidmat lebih daripada lima tahun mendapatkan kelulusan daripada institusi yang melantik bagi meneruskan perkhidmatan mereka.

Hakim Mahkamah Perlembagaan dilantik oleh Presiden, Parlimen dan Mahkamah Agung.

Semakan itu juga termasuk perubahan kepada komposisi majlis etika yang menyelia mahkamah, mencadangkan penambahan Presiden, dan Ahli Parlimen dan Mahkamah Agung.

Pindaan itu telah menerima kritikan hebat daripada beberapa pakar undang-undang.

"Perubahan ini akan merosakkan kebebasan Mahkamah Perlembagaan.

"Niat sebenarnya untuk meletakkan Badan Kehakiman, Mahkamah Perlembagaan, di bawah kawalan Dewan Rakyat dan Presiden," kata Bivitri Susanti, dari Sekolah Undang-undang Jentera Indonesia, Parlimen dan kerajaan bersetuju dengan rang undang-undang itu dan akan meluluskan pada sesi plenari," kata Timbalan Ketua Suruhanjaya Parlimen, Adies Kadir yang bertanggungjawab merangkanya dalam satu kenyataan yang disiarkan di laman web Parlimen.

Seorang lagi anggota suruhanjaya itu, Sarifuddin Sudding memberitahu Reuters bahawa Rang Undang-Undang (RUU) itu sudah dipersetujui, tetapi tarikh untuk ia disahkan belum ditetapkan.

Sesi plenari seterusnya dijadualkan pada hari Isnin, 20 Mei.

Jika diluluskan, undang-undang yang disemak itu akan terpakai kepada tiga hakim yang memberikan pendapat berbeza dalam beberapa kes berprofil tinggi, termasuk cabaran untuk pemilihan presiden Februari ini.

Pindaan itu dibuat di tengah-tengah kritikan terhadap kemunduran demokrasi di Indonesia dan ketika mahkamah telah menjadi perhatian, terutamanya selepas keputusan kontroversi Oktober lalu yang membolehkan anak Presiden Joko Widodo bertanding dalam pengundian.

Pada masa itu, Ketua Hakim Mahkamah itu adalah abang ipar Presiden, yang kemudiannya ditegur oleh majlis etika mahkamah kerana membenarkan campur tangan daripada 'pihak luar'. - REUTERS

Berita Harian X