Rabu, 8 Mei 2024 | 3:24pm
Sebuah pesawat F-16 Tentera Udara Republik Singapura mendarat di jalan awam di Lim Chu Kang semasa pratonton media pada 2016. - Foto AFP
Sebuah pesawat F-16 Tentera Udara Republik Singapura mendarat di jalan awam di Lim Chu Kang semasa pratonton media pada 2016. - Foto AFP

Jet pejuang terhempas di pangkalan udara Singapura

SINGAPURA: Kementerian Pertahanan Singapura mengesahkan sebuah jet pejuang F-16 terhempas di pangkalan udara tentera di Singapura hari ini.

Tiada kemalangan jiwa dilaporkan.

"Juruterbang berjaya keluar dari pesawat itu sebelum terhempas di dalam Pangkalan Udara Tengah," katanya dalam satu kenyataan.

"Juruterbang dalam keadaan sedar dan boleh berjalan. Dia sedang menerima rawatan perubatan dan tiada kakitangan lain yang cedera," katanya.

Kementerian itu berkata, jet milik Singapura itu mengalami masalah semasa berlepas dan juruterbang bertindak balas mengikut prosedur kecemasan.

Siasatan mengenai nahas itu sudah dimulakan.

Kejadian sebegini amat jarang berlaku di negara itu yang mempunyai tentera udara paling maju di Asia Tenggara.

Pada tahun 2010, sebuah helikopter tentera melakukan pendaratan cemas di padang terbuka berhampiran kawasan perumahan kerana masalah dengan enjin. - AFP

Berita Harian X