Sabtu, 20 April 2024 | 8:05am
Foto AGENSI
Foto AGENSI

Penjawat awam Indonesia berpindah ke Nusantara secara berperingkat sehingga 2029

KALIMANTAN TIMUR: Proses perpindahan 32,937 penjawat awam ke Nusantara di Kalimantan Timur akan dilakukan secara berperingkat sehingga 2029.

Menteri Pemerkasaan Aparatur Negara dan Reformasi Birokrasi, Abdullah Azwar Anas, berkata penjawat awam akan dipindahkan dalam tiga peringkat berdasarkan keutamaan.

Beliau berkata, kerajaan juga telah menyediakan beberapa rancangan untuk memenuhi keperluan penjawat awam di ibu negara baharu itu termasuk pengambilan baharu khususnya dari Kalimantan Timur.

"Kita akan beri kuota khas untuk calon tempatan," katanya dalam kenyataan.

Portal berita ANTARA melaporkan kerajaan juga menyediakan penggiliran penjawat awam daripada kerajaan wilayah di wilayah itu.

Sementara itu, Kementerian Kerja Raya dan Perumahan Awam (PUPR) menyatakan pembinaan 47 bangunan kediaman bertingkat untuk ASN akan siap menjelang akhir tahun ini.

Dua belas daripada bangunan itu dijangka siap digunakan pada September ini.

Berita Harian X