Ahad, 14 April 2024 | 7:54pm
Orang ramai memeriksa kerosakan di sebuah kampung yang dilanda tanah runtuh di Natuna di Provinsi Riau, Indonesia pada Isnin. - Foto AFP
Orang ramai memeriksa kerosakan di sebuah kampung yang dilanda tanah runtuh di Natuna di Provinsi Riau, Indonesia pada Isnin. - Foto AFP

Tanah runtuh di Indonesia ragut 15 nyawa, ramai disyaki hilang

JAKARTA: Tanah runtuh di Indonesia tengah meragut sekurang-kurangnya 15 nyawa, maklum pihak berkuasa hari ini.

Ketua agensi bencana tempatan, Sulaiman Maila, berkata sekurang-kurangnya 17 mangsa dipindahkan dari kawasan bencana di Tana Toraja dekat Selatan Sulawesi petang semalam.

"Dua daripada mereka terselamat, sementara 15 lagi meninggal dunia.

"Mengikut aduan daripada penduduk, terdapat dua lagi individu masih hilang yang berkemungkinan tertimbus di bawah sisa runtuhan," katanya.

Sejak seminggu lalu, Tana Toraja dan kawasan sekitar sering kali dilanda hujan lebat.

Indonesia terdedah risiko tanah runtuh semasa musim hujan lebat dan ia diburukkan lagi dengan aktiviti pembalakan sehingga mengundang banjir di beberapa kawasan.

Pada bulan lalu saja, banjir kilat dan tanah runtuh di Sumatera membunuh sekurang-kurangnya 30 orang termasuk ada mangsa masih belum dijumpai.

Tanah runtuh dan banjir turut menghanyutkan puluhan rumah selain memusnahkan sebuah hotel berdekatan Tasik Toba di Sumatera, Disember lalu, meragut sekurang-kurangnya dua nyawa. - AFP

Berita Harian X